Monday, January 11, 2016

Mengapa sunat menunaikan solat pada awal-awal waktunya

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini, yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Ini kerana terubahan warna itu akan terakam oleh filem (ketika kamera menggunakan filem satu ketika dulu). Kini apabila filem digantikan oleh memori hal yang sama terjadi, di mana gambar yang kita ambil menunjukkan warna-warna tertentu bagi waktu-waktu tertentu.
Mengikut kenyataan di atas ini fenomena menunjukkan bahawa warna yang terakam oleh kamera adalah berbeza-beza bagi waktu-wkatu solat. Ini bermaksud pada awal waktu subuh alam (dunia) kita akan mendapat warna-warna biru muda mendominasi warna-warna lain dalam spektrum warna. Sebelum masuk waktu Zohor warna ini beransur-ansur menjadi hijau, sebelum bertukar sepenuhnya menjadi kuning menjelang watu Zohor. Begitu juga bagi waktu-waktu asar, maghrib dan isya', warna yang terakam oleh filem sudah berubah menjadi warna yang lain pula. Perubahan warna ini adalah secara beransur-ansur. Misalnya, pada awal waktu subuh warna biru itu tadi adalah yang paling kuat, dan akan beransur-ansur hilang. Sebai menjelang waktu zohor warna biru sudah tiada lagi, digantikan oleh warna hijau.

Apakah kepentingannya. Kepentingannya adalah berkait dengan jasmani diri kita. Sedar atau tidak, tahu atau tidak tahu bahawa jasmani (susuk badan) kita

Waktu Subuh:
Pada waktu Subuh alam kita berada dalam spektrum warna biru muda, yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Justeru, mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang-kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu warna biru muda itu tadi tidak dapat diserap oleh tiroid yang seharusnya berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa), atau dalam erti kata jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal-awal waktu. Dari saat bermulanya waktu azan Subuh tenaga alam pada wakttu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan ketika rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar akan mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor:
Warna seterusnya berubah menjadi warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian bertukar menjadi kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati, iaitu yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat waktu Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang keceriaannya. Cuba ingat, orang yang sakit perut cerita tak?

Waktu Asar:
Sebaik masuk waktu Asar warna alam akan berubah kepada warna oren. Spektrum warna ini adalah bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis, yang merangkumi sistem reproduksi (pembiakan).
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Justeru orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativiti nya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ pembiakan kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar.

Waktu Maghrib:
Menjelang waktu Maghrib alam berubah ke warna merah, dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua-tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna merah menghampiri frequensi jin dan iblis (infra-red). Ini bermakna pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini. Sementelah berhenti tu solatlah sekali) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia warna merah waktu Maghrib ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Waktu Isyak:
Apabila masuk waktu Isyak alam berubah ke warna Indigo, dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian, di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap keteinggalan waktu Isyaknya akan selalu berada dalam keadaan kegelisahan.
Waktu ini alam berada dalam kegelapan, dan sebetulnya inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil delta, di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam:
Selepas tengah malam alam mula bersinar kembali dengan warna putih merah jambu dan seterusnya ungu., di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Mengikut Islam, tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini yang dipanggil Qiamullail.

Bagitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan kejadian jasmani diri kita. Dan begitulah qada' dan qadar Allah swt menjadi matahari, dan bumi dijadikan agar qadarnya ialah berada dalam orbit mengelilingan matahari dalam satu sistem dipanggil sistem solar. Perubahan warna itu adalah berkait dengan putaran bumi.
Manusia kini sebenarnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini. Inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah swt - tanpa perlu lagi memeras otak memikirkan apa kaedah yang hendak digunakan bagi menyerap tenaga alam ini.
Hakikatnya, ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah mewajibkan solat ke atas hambanya. Atas sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya, sebagai Pencipta kerana Dia tahu hambanya ini amat-amat memerlukan-Nya. Hal ini disebut oleh ayat 5 surah al-Fatihah yang berbunyi waiyyaka nastain. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjagi solatnya. Lebih malang sekali jika ada manusia yang memperlekehkan soal solat, termasuklah mereka yang masih tertanya-tanya apakah perlunya syariat Islam.

(Artikel ini tidak berhajat untuk menjelaskan istilah-istilah yang saintifik seperti resonan, frekuensi dan sebagainya. Pembaca harus mencarinya. Itu sebabnya kita diwajibkan mencari ilmu terutama sekali yang berkaitan dengan ilmu saiins, kerana ilmu sains adalah jawapan-jawapan kepada persoalan ciptaan Tuhan yang kita sering sebut qada' dan qadar itu).
Artike ini akan diupdate dengan memasukkan fakta-fakta yang difikirkan ada berkaitan dengan kecacatan anak sejak lahir. Misalnya sebuah hadis menyebut “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah swt mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
Wallahu a'lam.